1) Suka Haiwan
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan
atau binatang, tak kisahla kucing ke, arnab ke, ayam lembu atau apa sahaja.
Pendek kata korang tengok reaksi dorang bila ada haiwan nih sebagai contoh
dikedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak
teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ”
kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haa,
bleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela
haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih sayang dia.
2) Suka Kanak-Kanak
- Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa
yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik
terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang
bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya.
Tapi kalu lelaki yang buat-buat sayang kat adik korang tu MK tak pasti, nak
tekel kakak mesti tekel adik dulu kan..hehe
3) Berat Akan Orang Tua
- Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang
tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran,
perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan
sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.
4) Berat Akan Adik-Adik
- Ha korang cuba tgk hubungan dia dgn adik…INGAT,
ADIK..bukan adik beradik..bukan kakak atau abangnya. Mengapa MK berkata
begitu?. Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih
kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok samada adakah
hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada
mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo je bila si adik ingin
beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza
dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya
menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang
5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
-Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas
kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu
membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah
ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada,
bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsug menolong.
Perlu ada sifat timbangrasa.
6) Pandai Menjaga Hati Pasangan
-Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati
pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia
membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya.Kadang-kadang dia suka
membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih
dia juga tidak senang hati
7) Susah Marah
-Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak
panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pon nak melenting seperti
terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting
mcmni korang ati-ati la..
8 ) Sentiasa Murah Dengan Senyuman
-Haa korang tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je
selalu. Memang tak lokek langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang
penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada
sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan
berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada
lelaki yang masam je mukanya (kalau memang dah azali memang tak leh buat apa),
senyum taknak, ditegur buat bodoh je)
No comments:
Post a Comment